BANGKOK: Kabinet Thailand meluluskan langkah untuk mengehadkan tarif elektrik pada 4.18 baht (RM0.54 sen) seunit sehingga akhir tahun dan harga diesel pada 33 baht (RM4.27) seliter sehingga 31 Oktober. Undang-undang struktur tenaga baharu itu diperkenalkan mulai semalam. Selepas mesyuarat Kabinet, Menteri Tenaga, Pirapan Salirathavibhaga mengumumkan kerajaan bersetuju untuk melaksanakan langkah pengurangan harga tenaga. Kadar baharu tarif elektrik ditetapkan pada 4.18 baht (RM0.54 sen), dengan sokongan berterusan untuk kumpulan rentan yang…










