Segera berkempen untuk BN-PH

Segera berkempen untuk BN-PH

MOHD. SYAHBUDDIN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Penyandang kerusi Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Nenggiri Mohd. Azizi Abu Naim perlu segera berkempen untuk Barisan Nasional (BN) sebagai bukti menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, gerak kerja itu boleh dilakukan kerana beliau masih lagi menggalas jawatan sebagai Ahli Parlimen Gua Musang.

“Kita sambut baik hasrat itu, namun beliau (Mohd. Azizi) perlu memainkan peranan membantu kerja-kerja kempen khususnya di Pusat Da­erah Mengundi (PDM) Jeram Tekoh dan Limau Kasturi.

“Saya harap gerak kerja itu dapat dimulakan sekarang walaupun gelanggang PRK masih belum dibuka secara rasmi­nya.” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Utusan Online Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd. Azizi Abu Naim mengumumkan beliau tidak mahu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN tersebut pada 17 Ogos depan.

Mohd. Azizi sebaliknya ber­kata, beliau bersedia memberi laluan kepada parti komponen lain untuk bertanding di kerusi tersebut.

Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan Kerusi DUN Nenggiri kosong bermula dari tarikh berkenaan setelah menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan mengenai keahlian Mohd Azizi pada 13 Jun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-ma­sing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala hari pengundian pada 17 Ogos.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) lalu Mohd Azizi mewakili PN dan menggunakan logo Pas menewaskan Ab.Aziz Yusof yang mewakili Barisan Nasional dengan majoriti 810 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN