GUA MUSANG: Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mahu orang muda diangkat sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 17 Ogos ini. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati rata-rata penduduk menyifatkan calon muda dilihat lebih segar dalam membawa perubahan dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu pembangunan, ekonomi serta pendidikan. Muhammad Sani Anuar, 25, berkata, sudah tiba masanya orang muda diberikan peranan untuk menjadi wakil rakyat di DUN Nenggiri. Menurutnya, dia percaya…










