PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam. Menurut sumber, kesemua suspek iaitu tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20-an hingga 30-an telah ditahan kira-kira antara pukul 6.30 petang hingga 11 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM. Susulan penahanan itu, kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya…










