JOHOR BAHRU: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim Friendly Watch (MFW) mahu mengubah persepsi pengguna Muslim di negara ini, khususnya melibatkan perniagaan restoran yang mengguna pakai perkataan ‘no pork, no lard’. Presidennya, Noorman Kamsani berkata, pihaknya bimbang tentang kesahihan status halal sesebuah restoran yang mengguna pakai perkataan itu semata-mata bertujuan menarik pelanggan Muslim. Justeru, pihaknya berharap dapat membantu lebih banyak pengusaha premis mendapatkan sijil pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). “Kami mahu mengubah persepsi bukan sahaja pengguna, malah pengusaha premis bahawa perkataan ‘no pork, no lard’ sahaja tidak mencukupi untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya