PETALING JAYA: Kira-kira 700,000 rakyat Palestin di utara Gaza kini diambang malapetaka terburuk sejak 7 Oktober lalu apabila terpaksa bergantung hidup dengan saki-baki daun-daun pokok yang kini sudah hampir kehabisan selepas rejim Zionis menghalang penghantaran bantuan kemanusiaan di kawasan tersebut. Lebih malang, bukan sahaja kehabisan stok makanan ruji seperti beras, ayam, daging, gula dan makanan dalam tin, malah susu bayi juga disekat rejim tidak berperikemanusiaan itu daripada dihantar ke utara…










