KUANTAN: Polis Pahang mengambil langkah melaksanakan latihan Tembak Taktikal sebagai inisiatif mengukuhkan keselamatan balai di seluruh negeri ini. Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, latihan yang diadakan bermula 6 Jun dan berakhir 12 Julai itu melibatkan 130 anggota Kem Komandan, Cawangan Istana serta petugas-petugas di 11 daerah di negeri ini. Katanya, latihan di bawah Taklimat Pemerkasaan Keselamatan dan Pertahanan Balai Polis bagi Petugas Barisan Hadapan itu juga…