SEREMBAN: Kerajaan perlu melakukan semakan terhadap jadual kadar kerja yang ditawarkan bagi membantu kontraktor terutama dalam kalangan kontraktor G1 dan G2 yang terkesan dengan kenaikan kos bahan binaan. Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz berkata, semakan tersebut sepatutnya tidak disemak mengikut tempoh tertentu sebaliknya berdasarkan kos semasa bahan binaan di pasaran. “Saya cadangkan kerajaan perlu buat semakan berasaskan kepada suasana pasaran yang sebenar, contohnya jika…










