MANILA: Filipina giat membangunkan ‘ekosistem halal’ dalam usaha meningkatkan pelancongan dan perdagangan. Suruhanjaya Kebangsaan Muslim Filipina (NCMF) berkata, negara itu menyasarkan lebih banyak pertukaran komersial dengan negara-negara Arab dan Islam. Filipina sedang mengembangkan industri halal domestik dengan ketara, walaupun terdapat kira-kira 10 juta muslim dalam populasi hampir 120 juta penduduk yang kebanyakannya penganut Katolik. Kerajaan berhasrat meraih AS$4 bilion (RM18 bilion) melalui pelaburan dan menjana kira-kira 120,000 pekerjaan menjelang 2028…










