TANAH MERAH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan berkata, belum pernah ada mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang digantung selama enam bulan sebagaimana dialami oleh Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal. Pengerusinya, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, penggantungan itu antara paling lama dalam sejarah arena politik negara. “Tidak pernah lagi dalam sejarah Ahli Parlimen digantung selama itu. Bagi saya ia adalah tindakan yang tidak wajar. “Apa kesalahan Wan Ahmad Fayhsal sehingga…