KUALA TERENGGANU: Sebahagian peniaga di Pasar Kedai Payang di sini didakwa terpaksa bergolok-bergadai untuk membayar deposit bagi mendapatkan kunci lot kedai di bangunan baharu pasar tersebut. Mereka terpaksa bertindak sedemikian untuk tidak melepaskan peluang berniaga di bangunan baharu yang dijadual dibuka pada 1 Ogos nanti. Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu Cawangan Kuala Terengganu, Zakaria Yusof berkata, lebih 400 peniaga perlu membayar deposit antara RM3,530 hingga RM8,330 untuk memasuki lot kedai. Menurutnya, jumlah bayaran deposit tersebut bergantung ke pada jenis perniagaan dan ukuran kedai. “Sebahagian peniaga di pasar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya