Iran guna peluru berpandu hipersonik serang Israel

Iran guna peluru berpandu hipersonik serang Israel, isytihar perang bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) memaklumkan pasukannnya menggunakan peluru berpandu hipersonik dalam serangan terbaharu terhadap Israel, ketika pertempuran antara kedua-dua musuh ketat itu memasuki hari keenam.

“Dalam gelombang ke-11 Operasi Janji Jujur 3 yang membanggakan, peluru berpandu Fattah-1 telah digunakan,” kata IRGC dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh televisyen kerajaan,

IRGC mendakwa pasukan Iran kini sudah menguasai sepenuhnya ruang udara wilayah-wilayah yang diduduki.

Agensi berita Mehr turut melaporkan Iran melancarkan peluru berpandu Fattah-1 ke arah Israel, menurut hantaran di platform X.

Saluran televisyen milik kerajaan, Press TV, juga mengesahkan pelancaran tersebut dan memetik kenyataan IRGC yang menyifatkan fasa terkini operasi itu sebagai titik perubahan penting.

“Penggunaan peluru berpandu generasi pertama Fattah ini menandakan permulaan kepada berakhirnya sistem pertahanan peluru berpandu Israel yang selama ini dianggap ‘kebal’,” menurut laporan Press TV.

Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei turut mengisytiharkan permulaan pertempuran terhadap Israel melalui satu hantaran di platform X.

“Atas nama Haidar yang mulia, pertempuran bermula.

“Kita mesti memberikan tindak balas yang tegas terhadap rejim pengganas Zionis. Kita tidak akan berikan sebarang belas kasihan kepada Zionis,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×