Rakaman air dalam gelas tidak terapung cetus persoalan

Rakaman air dalam gelas tidak terapung cetus persoalan

TANGKAP layar video menunjukkan air di dalam gelas tidak terapung ketika sifar graviti di angkasa lepas. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebuah rakaman video yang memaparkan segelas air di Stesen Angkasa Tiangong mencetuskan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial, khususnya kumpulan teori konspirasi.

Rakaman tersebut menunjukkan segelas air diletakkan di atas meja dalam keadaan tidak terapung, meskipun berada di persekitaran mikrograviti sesuatu yang dikatakan bertentangan dengan tanggapan umum mengenai tingkah laku air di angkasa.

Sebahagian pengguna media sosial terus menuduh rakaman itu sebagai palsu dan kononnya dirakam di bumi, bukan di orbit dan mereka mempersoalkan bagaimana air boleh kekal di dalam gelas tanpa terapung seperti lazimnya yang dilihat dalam video angkasawan sebelum ini.

Namun, para pakar tampil menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya adalah tindak balas semula jadi air terhadap persekitaran mikrograviti.

Menurut Dr. Jordan Bimm, seorang penyelidik pasca kedoktoran dan ahli sejarah angkasa dari Universiti Chicago, fenomena tersebut adalah sesuatu yang dijangka berlaku.

“Dalam keadaan tiada daya luaran, molekul air lebih suka melekat pada kaca dan sesama sendiri, menjadikannya kekal dalam bentuk ‘gumpalan’ dalam persekitaran tanpa berat. Maka, dalam kes ini, air tetap berada dalam gelas,” jelasnya kepada Associated Press.

Ciri molekul air yang mempunyai cas positif (hidrogen) dan negatif (oksigen) menjadikan air mempunyai tegangan permukaan yang tinggi sehingga menyebabkan air cenderung melekat pada permukaan seperti kaca dan mengekalkan bentuknya sekali gus memberikan gambaran seolah-olah air berkelakuan seperti di bumi.

Video tersebut sebenarnya sebahagian daripada siaran pendidikan “Kelas Tiangong” yang dianjurkan oleh angkasawan China bagi mendidik kanak-kanak mengenai sains di angkasa dengan demonstrasi tersebut menunjukkan perbezaan konsep apungan dalam mikrograviti dengan menggunakan sebiji bola ping pong di dalam gelas berisi air.

Rakaman lanjutan yang dimuat naik ke platform media sosial China, Weibo, turut memperlihatkan angkasawan mengisi air ke dalam gelas menggunakan penyedut sebelum meletakkannya dengan berhati-hati di atas meja yang mempunyai pelekat velcro.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN