6.5j liter diesel disalah guna, diseludup

6.5j liter diesel disalah guna, diseludup

AMIR HAMZAH AZIZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sekurang-ku­rangnya 6.5 juta liter diesel sehari telah disalah guna sama ada oleh pihak industri atau di­seludup ke negara jiran.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ia dikesan setelah kerajaan melaksanakan penya­saran semula subsidi secara berfasa bagi memben­dung ketirisan dan menyebabkan kerugian berbilion ringgit.

Serentak dengan itu juga, kesan daripada kerajaan me­laksanakan BudiI Madani In­­dividu dan Budi Madani Agri-Komoditi menunjukkan pe­ngurangan ketara jualan die­sel dari stesen minyak.

“Pada awal Jun 2024, purata jualan harian diesel dari stesen minyak untuk seluruh semenanjung Malaysia adalah 28.6 juta liter sehari, manakala awal Julai 2024, purata jualan harian diesel telah turun kepada 22.2 juta liter sehari.

“Ini merupakan pengura­ngan 6.5 juta liter sehari atau pengurangan 23 peratus jualan diesel dari stesen minyak Semenanjung Malaysia,” kata­nya di Dewan Negara semalam.

Terdahulu, Senator Datuk Abdul Halim Suleiman me­minta Kementerian Kewangan menyatakan apakah keberkesanan inisiatif Budi Madani setakat hari ini.

Menjelaskan lanjut, Amir Hamzah berkata, data tersebut turut disokong maklumat yang menunjukkan jualan diesel secara komersial telah meningkat sebanyak 4.8 juta liter sehari bagi tempoh perbandinganyang sama.

“Memandangkan kini harga di stesen minyak adalah pada RM3.35 seliter, pihak industri yang sebelum ini membeli diesel bersubsidi telah beralih balik kepada membeli diesel secara komersial,” ujarnya.

Amir Hamzah turut menjelaskan, terdapat stesen mi­nyak di kawasan utara ber­de­katan dengan sempadan yang mengalami kejatuhan jualan diesel sehingga 40 hingga 50 peratus.

“Keadaan ini memaparkan kejatuhan aktiviti penyeludupan ke negara jiran disebabkan pengurangan margin ke­untungan penyeludup,” katanya.

Untuk dua bulan pertama pelaksanaan penyasaran se­mula subsidi diesel teruta­manya melibatkan BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi, keraja­an telah menyalurkan hampir RM50 juta kepada hampir 120,000 penerima yang layak bagi menampung kesan kenaikan harga diesel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×