14 maut, pesawat terhempas di Nepal

14 maut, pesawat terhempas di Nepal

ANGGOTA penyelamat dan tentera berada di lokasi nahas pesawat Saurya Airlines yang terhempas semasa berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, hari ini.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh selepas sebuah pesawat penumpang terhempas semasa berlepas di ibu negara, di sini hari ini.

Mengesahkan kejadian itu, jurucakap polis Nepal, Dan Bahadur Karki berkata, insiden berlaku ketika pesawat Saurya Airlines sedang dalam latihan penerbangan ke Pokhara, sebuah lokasi pelancongan terkenal.

Beliau berkata, penerbangan itu membawa dua kru dan 17 kakitangan syarikat.

“Juruterbang berjaya diselamatkan dan sedang menerima rawatan. Tetapi status penumpang lain dalam pesawat masih belum disahkan, kemungkinan ramai tidak terselamat,” katanya.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal, Gyanendra Bhul memberitahu AFP, 18 warga Nepal dan seorang warga asing berada di dalam penerbangan itu.

Beliau berkata, penerbangan itu dijalankan untuk tujuan teknikal atau penyelenggaraan, tanpa memberikan butiran lanjut.

Portal berita Khabarhub melaporkan, pesawat itu terbakar selepas terbabas di landasan.

Nepal mempunyai rekod prestasi yang menyedihkan dalam aspek keselamatan penerbangan, menyaksikan siri insiden pesawat ringan dan helikopter terhempas selama beberapa dekad.

Januari tahun lalu, kira-kira 72 orang terbunuh dalam nahas penerbangan syarikat Yeti Air, didakwa akibat kegagalan juruterbang.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN