KOTA KINABALU: Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung tidak memberi kesan kepada kenaikan harga ayam di Sabah pada masa ini. Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Awam dan Tamu Donggongon, Penampang mendapati harga ayam termasuk ayam jagung kekal sama dengan harga sebelum berkuat kuasa penyasaran subsidi diesel di Semenanjung. Peniaga, Melda Abdul, 56, berkata, memandangkan subsidi bersasar diesel belum dilaksanakan di Sabah, maka tidak berlaku kenaikan harga barangan mentah di negeri…










