KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengakui ketiadaan rangkaian jalan raya sempurna menyebabkan pelabur tidak berminat melabur di Taman Industri Halal Pasir Mas. Bercakap kepada Utusan Malaysia Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan negeri, Datuk Md. Anizam Ab. Rahman berkata, situasi itu menyebabkan lokasi tersebut tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Beliau menjangkakan hanya selepas Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mula beroperasi pada 2027, pembangunan kawasan itu dapat dipacu sepenuhnya,…










