BAGHDAD: Direktorat Perisikan Tentera (MID) Iraq menemukan rangkaian terowong besar yang dipercayai digunakan oleh kumpulan militan Daesh, lapor media negara itu semalam.
Terowong itu sepanjang lebih 500 meter dari daerah Tal Afar dan lebih 500 meter dari daerah Al-Ayadiya di barat Nineveh.
Ia digunakan oleh militan Daesh untuk pergerakan rahsia termasuk menyembunyikan dan mengangkut senjata, peluru, bekalan serta bahan lain.
Susulan itu, pelbagai peralatan turut dirampas di dalam terowong berkenaan.
Unit kejuruteraan juga dihantar untuk mengeluarkan bahan dan memusnahkan tapak terowong itu.
Tahun lalu, perisikan tentera turut menemukan terowong bawah tanah sepanjang 30 meter yang digunakan kumpulan militan pengganas di Nivineh.
Terowong rahsia itu berfungsi sebagai tempat penyimpanan senjata dan bahan letupan, termasuk peluru berpandu SPG9.- AGENSI










