KUALA LANGAT: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerima peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta lagi daripada kerajaan sebagai inisiatif untuk memperkasa bidang tersebut. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tersebut untuk pemerkasaan dalam program kenderaan elektrik (EV), keselamatan siber, kecerdasan buatan, kemahiran lanjutan, teknologi elektrik, perladangan, penternakan dan automasi pertanian serta industri nadir bumi. Menurut beliau, peruntukan itu akan disalurkan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, selain Majlis…










