Taman Negara Gunung Ledang, air terjun ditutup kes kencing tikus - Utusan Malaysia

Taman Negara Gunung Ledang, air terjun ditutup kes kencing tikus

Taman Negara Johor Gunung Ledang dan Air Terjun Gunung Ledang ditutup sementara kepada pengunjung susulan kes kencing tikus yang dilaporkan di daerah Tangkak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Taman Negara Johor Gunung Ledang dan Air Terjun Gunung Ledang ditutup sementara kepada pengunjung, susulan kes leptospirosis atau kencing tikus yang dilaporkan di daerah ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon, penutupan selama dua minggu itu berkuat kuasa 27 Jun lalu hingga 10 Julai ini.

“Makluman penutupan ini diperoleh daripada Pejabat Kesihatan Daerah Tangkak. Notis perintah tutup adalah di bawah Seksyen 18(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Sampel telah diambil di kawasan Taman Negara Johor Gunung Ledang dan Air Terjun Gunung Ledang serta mengambil kira faktor pencegahan awal serta keselamatan awam, perintah penutupan ini perlu dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Tian Soon berkata, penutupan itu juga bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan supaya kawasan berkenaan selamat bagi pengunjung pada masa akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN