Rahul Gandhi teraju blok pembangkang Parlimen India

Rahul Gandhi teraju blok pembangkang Parlimen India

KONGRES mengumumkan pemimpinnya, Rahul Gandhi dipilih menjadi ketua pembangkang di Lok Sabha.- AGENSI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Pesaing utama Perdana Menteri, Narendra Modi, Rahul Gandhi dipilih untuk menerajui blok pembangkang Parlimen India, setelah jawatan penting itu kosong selama sedekad.

Jawatan itu juga akan membolehkan pembangkang mengawasi tindakan dan dasar kerajaan dengan lebih berkesan.

Sebuah parti perlu mempunyai sekurang-kurangnya 10 peratus daripada 543 kerusi Dewan Rakyat Lok Sabha untuk menuntut gelaran ketua pembangkang.

Selepas pilihan raya 2014 dan 2019, jawatan itu tidak diisi kerana tiada parti yang mempunyai bilangan kerusi minimum diperlukan untuk menuntutnya.

Bagaimanapun, pembangkang yang bangkit semula, bersatu di bawah pakatan pelbagai parti yang dipimpin Kongres, Indian National Developmental Inclusive Alliance (INDIA), menghalang Parti Bharatiya Janata (BJP) yang dipimpin Modi daripada memperoleh majoriti mutlak dalam pilihan raya, baru-baru ini.

Dengan blok India menduduki 230 kerusi, kerajaan Modi dijangka menghadapi cabaran di Parlimen baharu.

Parti Kongres pimpinan Gandhi memenangi 99 kerusi, manakala BJP menjadi parti tunggal terbesar yang meraih 240 kerusi.

Setiausaha Agung Kongres, KC Venugopal berkata, Pengerusi Parti Parlimen Kongres, Sonia Gandhi sudah menulis surat kepada speaker pro-tem, Bhartruhari Mahtab, memaklumkan keputusan untuk melantik Gandhi sebagai Ketua Pembangkang di Lok Sabha.

Rahul, 54, adalah ahli Parlimen penggal kelima dan mewakili kawasan pilihan raya Raebareli.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN