Perkhidmatan robot pintar bantu jemaah haji di Madinah

Perkhidmatan robot pintar bantu jemaah haji di Madinah

KELIHATAN sukarelawan haji meletakkan robot pintar di pekarangan Masjid Nabawi di Madinah.- SPA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Perkhidmatan robot pintar dilancarkan di Madinah untuk membantu jemaah haji mengunjungi Masjid Nabawi, Arab Saudi.

Robot yang merupakan projek dari cawangan Kementerian Kesihatan Arab Saudi di wilayah Madinah diletakkan di pekarangan bersebelahan masjid berkenaan.

Lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA), perkhidmatan itu bertujuan memaparkan dan menyiarkan mesej kesedaran serta nasihat kesihatan untuk keselamatan jemaah haji dalam lebih 96 bahasa dari seluruh dunia.

Selain perkhidmatan robot, seramai 220 sukarelawan daripada 12 pasukan pihak berkuasa kesihatan bandar turut disediakan sepanjang masa untuk membantu jemaah haji musim ini.

Pasukan itu menyediakan perkhidmatan kesihatan dan kecemasan sepanjang musim haji di Masjid Nabawi dan  jalan-jalan menuju ke Mekah termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz, stesen kereta api Al-Haramain, Masjid Quba, Al-Khandaf, Sayyid Al-Shuhada dan Miqat Dhu Al-Hulaifah.

Arab Saudi mengumumkan ibadah haji tahun 2024 bermula pada 14 Jun ini selepas balai-balai cerap di negara itu melihat anak bulan kelmarin.

Seramai 1.2 juta jemaah dari pelbagai negara berada di Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×