Perang Gaza cetus ketegangan ke Lubnan, Yemen

Perang Gaza cetus ketegangan ke Lubnan, Yemen

PASUKAN bomba Lubnan memadam kebakaran yang dicetuskan oleh serangan Israel ke atas perkampungan sempadan Shebaa.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Israel terus mengebom dan membedil Gaza pada Sabtu, dengan kesan daripada perang membawa kebangkitan semula ketegangan ke sempadan Lubnan dan Yemen, kata saksi.

Agensi pertahanan awam Gaza di utara wilayah itu melaporkan, 10 mayat ditemukan dalam serangan Israel ke atas tiga rumah berasingan, tatkala perang kini memasuki sembilan bulan.

Di Rafah, selatan Gaza berhampiran Mesir, saksi melaporkan pertempuran antara penentang dan tentera Israel di barat bandar itu, selain tembakan meriam ke arah kem pelarian di pusat bandar.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, kira-kira sejuta orang dipindahkan dari Rafah sejak awal Mei, apabila Israel memulakan operasi darat untuk memusnahkan Hamas.

KONFLIK MELONJAK

Peperangan bermula selepas serangan Hamas pada 7 Oktober lalu, dianggap tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel yang mengakibatkan 1,194 kematian dan 251 dijadikan tebusan.

Daripada jumlah ini, 116 kekal di Gaza walaupun tentera berkata 41 tebusan maut.

Serangan balas Israel di Gaza sejak tempoh itu juga membunuh sekurang-kurangnya 37,266 rakyat Palestin di wilayah itu, kebanyakannya orang awam, menurut kementerian kesihatan.

Kebimbangan terhadap konflik Timur Tengah melonjak, apabila pejuang Hezbollah yang berpangkalan di Lubnan, melancarkan serangan roket dan dron ke atas sasaran tentera Israel.

Hezbollah menegaskan, serangan sengit sejak Rabu adalah tindak balas pembunuhan Israel terhadap salah seorang komandernya.

Dua wanita terbunuh dalam serangan ke atas Jannata di selatan Lubnan, kematian terbaharu dalam pertempuran hampir setiap hari antara Hezbollah dan tentera Israel sejak perang Gaza bermula, kata pegawai.

PELAN GENCATAN SENJATA

Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata negaranya dan Amerika Syarikat (AS) akan bekerjasama secara berasingan dengan pihak berkuasa Israel serta Lubnan untuk meredakan ketegangan.

Semasa lawatan Timur Tengah minggu lalu mendorong rancangan gencatan senjata Gaza, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berkata, ‘cara terbaik’ untuk membantu menyelesaikan keganasan Hezbollah-Israel ialah ‘penyelesaian konflik di Gaza dan melaksanakan gencatan senjata’.

Pada sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Itali, Presiden AS, Joe Biden menggelar Hamas sebagai punca usaha mencapai perjanjian gencatan senjata Gaza dan pembebasan tebusan tergantung.

Hamas mendesak pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Gaza dan gencatan senjata kekal, tuntutan yang berulang kali ditolak oleh Tel Aviv.

Satu-satunya gencatan senjata perang Gaza berjaya dikuatkuasakan pada November selama seminggu, menyaksikan pembebasan tebusan dan tahanan Palestin.

HAMPIR MUSTAHIL

Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia, Carl Skau berkata, pelanggaran undang-undang dan konflik aktif di Gaza menjadinya hampir mustahil untuk bantuan disampaikan dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat di lapangan.

“Orang ramai mahu perang ini ditamatkan,” katanya selepas lawatan dua hari ke Gaza.

Kesan daripada peperangan di Gaza juga meningkat minggu lalu di Yemen.

Kelmarin, tentera AS memusnahkan dua kapal permukaan tanpa kru di Laut Merah milik Houthi Yemen yang disokong Iran, serta satu dron dan tujuh radar yang membolehkan kumpulan itu menyasarkan kapal.

Serangan balas terbaharu tentera AS berlaku ketika kumpulan Houthi meningkatkan serangan terhadap laluan maritim di perairan penting untuk perdagangan dunia.

Kumpulan itu menegaskan tindakan mereka adalah sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×