Penunjuk perasaan di Kenya mahu teruskan protes

Penunjuk perasaan di Kenya mahu teruskan protes

KUMPULAN penunjuk perasaan dikawal pihak polis sebelum demontrasi bertukar ganas di Nairobi, Kenya.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Penunjuk perasaan di Kenya berikrar untuk meneruskan protes membantah cadangan pengenalan cukai baharu, sehari selepas insiden pertempuran di ibu negara yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 maut.

Ketika pihak berkuasa memperketatkan kawalan keselamatan di Nairobi, penyokong gerakan protes memperluaskan bantahan mereka dalam aplikasi media sosial, X dengan tanda pagar #tutanethursday, yang bermaksud ‘jumpa anda pada hari Khamis’.

Ucapan Presiden Kenya, William Ruto selepas rusuhan mendapat perhatian ramai pengguna media sosial, apabila beliau menyifatkan serangan terhadap parlimen adalah kerja ‘penjenayah yang berpura-pura menjadi penunjuk perasaan aman’.

Gerakan protes ini tidak dipimpin oleh pihak tertentu, namun kebanyakannya dianjurkan melalui platform media sosial.

Kerajaan mengarahkan tentera untuk membantu pasukan polis mengawal keselamatan, walaupun tiada laporan rusuhan berlaku di Nairobi, hari ini.

Ahli Parlimen pada Selasa meluluskan rang undang-undang (RUU) kewangan 2024 yang bertujuan untuk menaikkan tambahan 346.7 bilion Shilling (AS$2.67 bilion) dengan langkah seperti meningkatkan levi pembangunan kereta api daripada 1.5 peratus kepada 2.5 peratus dan yuran pengisytiharan import daripada 2.5 setiap sen kepada 3.5 peratus.

Bantahan terhadap penggubalan rang undang-undang (RUU) termasuk beberapa kenaikan cukai, berterusan selama beberapa hari.

Bagaimanapun, ia meningkat apabila Ahli Parlimen meluluskan RUU yang dipinda pada Selasa, mendorong penunjuk perasaan memecah masuk Parlimen dan membakar sebahagian kompleks itu.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN