Pemain import NSFC jadi mangsa ragut - Utusan Malaysia

Pemain import NSFC jadi mangsa ragut

MIKA Junco ketika beraksi bersama NSFC dalam perlawanan bertemu Selangor FC baru-baru ini.-GAMBAR/NSFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) mengesahkan penyerang import pasukan itu, Miguel Angel Junco Martinez, 31, menjadi mangsa ragut dalam kejadian di ibu negara, malam semalam.

NSFC menerusi kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku ketika pemain berasal dari Sepanyol itu berseorangan dan insiden itu telah menyebabkan kerugian harta benda kepada pemain itu.

“Namun dia kini berada dalam keadaan selamat dan laporan polis juga telah dibuat. NAFC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah ini dan berharap pihak berkuasa dapat menangkap dan membawa pelaku ke muka pengadilan,” kata kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, pemain itu yang lebih dikenali dengan nama Mika Junco itu menerusi akaun Instagram miliknya memberitahu insiden malang itu telah menyebabkannya kehilangan rantai emas selain berkongsikan gambar kecederaan pada lehernya.

“Mereka meragut rantai emas saya di tengah-tengah Kuala Lumpur dengan motosikal. Semuanya selamat, saya harap seseorang dapat hentikan semua perkara ini,” tulis pemain itu lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini