KUALA LUMPUR: Meskipun perceraian menjadi titik noktah buat pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri namun aktres tersebut mengakui hubungannya dengan bekas suami baik-baik sahaja.
Nora berkata, dia juga tidak kisah menziarah Nedim yang kini dirawat di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
“Saya okey sahaja ziarah Nedim. Kami pun bercerai secara baik,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Ditanya mengenai punca Nedim dimasukkan ke wad dan dirawat di hospital, Nora terus mengunci mulut kerana telah berjanji dengan pihak di sebelah sana untuk tidak memaklumkan kepada sesiapa mengenai perkara tersebut.
“Maaf ya saya memang tak boleh nak kongsikan mengenai perkara itu. It’s confidential.
“Saya kena hormati permintaan mereka (keluarga),” katanya.
Isnin lalu, Nedim yang turut mesra dikenali sebagai Bossned dilaporkan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta.
Perkara itu turut dikongsikan oleh Nedim menerusi satu hantaran gambar dalam Instagram tanpa memberitahu butiran penyakit secara terperinci.
Pada masa yang sama, Nora juga menbuat satu hantaran di Instagram Story (IGs) menziarahi Nedim di hospital tersebut dengan menitip kata semangat buat bekas suaminya itu.
Nora mendirikan tumah tangga dengan Nedim pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Neqayl yang kini berusia 6 tahun.
Bagaimanapun bahtera rumah tangga mereka gagal dipertahankan dan kedua-duanya memilih untuk berpisah secara baik pada 19 Jun lalu. – UTUSAN










