ROMPIN: Seorang pembantu operasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka menjadi mangsa ketika meninggal dunia dalam kemalangan sebuah bas persiaran dan treler di berhampiran simpang tiga Bahau, Jalan Kuantan-Segamat di sini, awal pagi tadi.
Mangsa, Hamzah Ahmad, 60, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, dekat sini.
Perkara terbabit disahkan Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintentan Nor Azman Yusof pada kira-kira pukul 10.20 pagi tadi.
Sementara itu, keluarga kedua-dua mangsa yang meninggal dunia, Hasnatul Adilah Hassan, 48, danpemandu kedua bas persiaran, Hadi Ashraf Mad Idris, 29, sudah pun tiba di pekarangan Unit Forensik Hospital Muadzam Shah, Rompin sejak kira-kira pukul 9.30 pagi tadi. – UTUSAN










