PETALING JAYA: Institusi zakat diyakini mampu memainkan peranan penting dalam mengintegrasikan Rukun Malaysia Madani dengan memupuk nilai-nilai sosial dan mendorong penglibatan masyarakat secara aktif dalam kegiatan zakat. Menurut Institut Fatwa dan Halal (IFAH) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), zakat dalam konteks sosial banyak membantu mengurangkan jurang sosial antara golongan miskin dan kaya dengan memberi bantuan kewangan dan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan. Katanya, ia secara tidak langsung dapat membantu…