KANGAR: Perbezaan harga hampir RM4 seliter antara petrol Malaysia dan Thailand mendorong penyeludup beralih kepada penyeludupan bahan api bersubsidi tersebut menggantikan diesel yang dinaikkan harga. Perbandingan harga semasa bahan api petrol dengan Thailand ialah RM5.91 seliter berbanding Malaysia pada RM2.05 seliter. Jika sebelum ini, sindiket lebih menumpukan kepada aktiviti seludup diesel namun dengan pelarasan subsidi diesel pada 10 Jun lalu, petrol kini menjadi sasaran penyeludup di kawasan sempadan. Pengarah Pejabat…










