ISKANDAR PUTERI: Jabatan Perikanan mengesahkan analisis terhadap sampel air dan kupang di perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih dicemari biotoksin berbahaya. Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, hingga kini larangan terhadap pengusaha kupang untuk menjual kerang-kerangan (dwicengkerang) masih terpakai demi keselamatan pengguna dan pihaknya akan terus menjalankan pemantauan sehinggalah bacaan kembali ke paras normal dan selamat untuk dimakan. “Kita berterusan mengambil sampel kupang dan air yang…










