KUALA LUMPUR : Kes wabak deman denggi di Perumahan Awam Seri Melaka, Cheras merekodkan penurunan selepas hanya dua kes dicatatkan pada 4 hingga 19 Februari lalu dengan tertubuhnya Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku (Combi) di kawasan itu. Pengerusinya, Mohamed Johan Mohamed Said berkata, sejak penubuhan Combi tahun lalu, kes wabak denggi di kawasan perumahan awam itu dilihat berkurang, sekali gus tidak menolak sifar kes denggi dapat dicapai. Katanya, dia berasa yakin…