PETALING JAYA : Insiden penyeludup melepaskan tembakan ke arah penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ketika operasi di Sungai Golok dekat Kampung Simpangan, Pengkalan Kubor, semalam tidak sedikit pun melunturkan semangat anggota agensi itu untuk terus menggalas tugas mengutip hasil negara. Ketua Pengarahnya, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, JKDM memandang serius terhadap insiden sekumpulan individu yang disyaki penyeludup melepaskan tembakan ke arah anggota mereka yang sedang menjalankan tugas operasi…










