JOHOR BAHRU: Ibu kanak-kanak perempuan yang maut dilanggar van sekolah, Karmin Kahil, 39, masih terngiang-ngiang suara anak bongsu itu memanggilnya. Dia tidak menyangka Nurhafizah Nuljin, 5, pergi buat selama-selamanya dalam kemalangan jalan raya yang sepatutnya boleh dielakkan. “Kebiasaannya arwah, Nurhafizah dan abangnya, Muhammad Afieq Miqhael, 6, akan memanggil saya ketika menghampiri pagar rumah selepas turun dari van sekolah. “Sebaliknya semalam, suara pemandu van sekolah yang kedengaran memanggil saya keluar rumah…










