SEREMBAN: Hujan lebat berterusan melebihi tiga jam sejak awal pagi tadi mengakibatkan beberapa lokasi di daerah ini dinaiki air yang turut mengakibatkan banjir kilat. Kawasan yang terlibat antaranya Kampung Blok C, Kampung Ismail di Ampangan, Jalan Rahang dan Kampung Paroi. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Seremban, Kapten (PA) Mohamad Ridzuan Mohamed Buniran berkata, hujan lebat berterusan sejak jam 6.30 pagi tadi telah mengakibatkan lokasi berkenaan dinaiki air. “Setelah maklumat diterima, tiga…










