Hampir 250 monyet howler mati akibat gelombang haba

Hampir 250 monyet howler mati akibat gelombang haba

CUACA panas ekstrem mengancam habitat monyet howler di Mexico.- ANADOLU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Monyet howler yang memiliki habitat di hutan di bahagian selatan Mexico mengalami dehidrasi teruk hingga menyebabkan kematian hamper 250 spesis itu akibat gelombang panas ekstrem di negara itu.

Kesemua monyet itu mati akibat cuaca panas melebihi 40 darjah Celsius yang melanda negara itu, terutama di Tabasco.

Setakat 31 Mei lalu, Jabatan Alam Sekitar mengesahkan 204 kes kematian monyet howler, dengan 198 kes berlaku di Tabasco sahaja.

Ahli pemuliharaan memberi amaran mengenai situasi mengerikan itu, dengan gelombang haba tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih, lapor Voice of America.

Pelbagai langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini, termasuk memasang pendingin hawa di tempat perlindungan, sedang dijalankan untuk menyelamat habitat itu.

Pihak berkuasa dan kumpulan alam sekitar bekerjasama dalam usaha kecemasan, menyediakan stesen air dan kawasan berlorek.

Usaha pemuliharaan dipertingkatkan apabila pakar mengaitkan peristiwa ekstrem tersebut dengan perubahan iklim.

Tindakan segera adalah penting untuk bertahan dalam keadaan gelombang haba ini dan melindungi biodiversiti daripada cabaran masa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN