Gugur keahlian Bersatu tidak lucut kedudukan saya sebagai wakil rakyat-Mohd. Azizi

Gugur keahlian Bersatu tidak lucut kedudukan saya sebagai wakil rakyat-Mohd. Azizi

MOHD. AZIZI ABU NAIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bekas Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu Gua Musang) Mohd. Azizi Abu Naim yakin kedudukannya sebagai ahli Parlimen kawasan itu tidak akan terlucut walaupun keahliannya digugurkan oleh parti.

Mohd. Azizi berkata, sehingga kini beliau tidak menerima sebarang surat berkait perkara tersebut daripada parti.

“Saya bersama enam rakan lagi rakan mengetahui perkara ini melalui laporan media. Jika merujuk kepada Perkara 10.4 Perlembagaan parti yang baru dipinda baru-baru ini mengatakan keahlian terhenti secara automatik sekiranya kita tidak memberi maklum balas dan akur kepada ketetapan parti.

“Memang perkara itu dipinda namun tidak dikaitkan dengan akta lompat parti. Jadi pada saya tidak adil kenyataan yang dikeluarkan oleh Bersatu mengatakan kelayakan kami sebagai wakil rakyat tergugur,” katanya etika ditemui pemberita selepas Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Yang Ke-15 Tahun 2024 di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Mohd. Azizi memberitahu, hal ini kerana pindaan tersebut tidak berkait langsung dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ketika ini beliau fokus meneruskan khidmat kepada rakyat di Gua Musang selaku Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri.

Media sebelum ini melaporkan enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN