JEMPOL: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Desa Puteri, Bahau di sini kelmarin ditemukan dalam keadaan selamat di Penang Sentral, Butterworth, Pulau Pinang, semalam. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pesara tentera berusia 90 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 7.30 malam semalam oleh anggota polis bantuan yang sedang bertugas di terminal pengangkutan berkenaan. Menurutnya, ketika ditemukan, warga emas berkenaan dalam keadaan terpinga-pinga…










