Bersatu sedia PRK DUN Nenggiri - Utusan Malaysia

Bersatu sedia PRK DUN Nenggiri

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama parti-parti anggota Perikatan Nasional (PN) bersedia menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri susulan kekosongan luar jangka yang diumumkan, hari ini.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd. Ammar Nik Abdullah yang telah mengumumkan kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Nenggiri.

Menurutnya, kekosongan itu berlaku susulan notis yang dihantar Bersatu kepada Speaker DUN Kelantan berhubung terhentinya keahlian ADUN Nenggiri dari parti Bersatu secara serta merta kerana telah melanggar Fasal 10.4 Perlembagaan Bersatu.

“Bersatu bersama-sama parti-parti anggota Perikatan Nasional bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Nenggiri yang akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

“ InsyaAllah dengan izin Allah SWT dan dukungan rakyat, kita akan beroleh kemenangan,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kekosongan luar jangka itu menunjukkan pindaan Perlembagaan mengenai anti-lompat parti dan notis terhenti keahlian parti secara serta merta yang dikeluarkan kepada wakil-wakil rakyat yang berkenaan adalah teratur dan mengikut kehendak undang-undang,” katanya.

“Keputusan Speaker DUN Kelantan itu selaras dengan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan yang memperuntukkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN yang wakil rakyatnya telah terhenti keahlian partinya secara serta-merta.

“Peruntukan ini adalah selaras dengan undang-undang anti-lompat parti di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN