KOTA BHARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan selepas penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Mohd. Azizi Abu Naim memfailkan injunksi bagi mencabar keputusan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang mengumumkan kawasan itu kosong pada 19 Jun lalu. Pengerusinya Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, wakil rakyat itu berhak berbuat demikian walaupun Speaker DUN Kelantan telah membuat keputusan mengikut Fasal (3)…










