PETALING JAYA: Para peniaga ayam menjadikan alasan pelarasan subsidi diesel sejak Isnin lalu untuk menaikkan harga bahan mentah itu. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati harga ayam di beberapa negeri naik antara 20 sen hingga 30 sen. Di Negeri Sembilan, berlaku kenaikan harga ayam segar sebanyak 20 sen sejak hari pertama pelarasan subsidi diesel dilaksanakan pada 10 Jun lalu. Bagaimanapun menurut seorang peniaga ayam di Pasar Ampangan, Alizan Tambi, 53, kenaikan tersebut…










