MELAKA: Yang Dipertua (YDP) baharu Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Mohd. Shaiful Hizam Johan berazam meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang bekas penyandang jawatan itu, Rosemanizam Mohd. Naif. Pemegang Ijazah Sarjana Pembangunan Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, antara tumpuan utamanya adalah projek pembangunan bercirikan kelestarian. Beliau yang dilantik secara pinjaman daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 15 Mei lalu berkata, tumpuan utama projek tersebut adalah…










