IPOH: Polis menahan seorang lelaki Indonesia berusia 40 tahun bersama heroin seberat 9.01 kilogram bernilai RM110,000 di sebuah rumah di Langkap, Teluk Intan, 9.30 malam Isnin lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak. Beliau berkata, pemeriksaan dalam rumah telah menemukan sebuah beg beroda berisi 20 peket plastik lutsinar disyaki mengandungi heroin seberat…










