KLANG: Mahkamah Tinggi di sini, membenarkan permohonan seorang pemuda yang didakwa membunuh dan membakar kekasihnya yang hamil tahun lalu dirujuk kepada pakar psikiatri bagi menjalani pemeriksaan mental. Kebenaran dikeluarkan Timbalan Pendaftar, Mohd. Hirman Ab. Raub selepas mendengar permohonan pihak pembelaan tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 21. Peguam Muhammad Nor Tamrin berkata, pihaknya mengemukakan permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Sungai Besar namun ditolak, September tahun lalu. “Majistret ketika itu berpandangan bahawa…










