Sambung landasan LTSIP bukti kerajaan tidak pinggir Kelantan

Sambung landasan LTSIP bukti kerajaan tidak pinggir Kelantan

MOHD. Syahbuddin Hashim (tengah) memberi duit raya kepada rakyat sempena Majlis Rumah Terbuka ADUN Galas di Bandar Utama di Gua Musang, Kelantan.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Penyambungan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa sejauh 400 meter memberi isyarat jelas Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak meminggirkan Kelantan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, langkah itu mampu memberikan limpahan ekonomi kepada seluruh penduduk di negeri ini menerusi pelaburan termasuk pelancongan.

“Apabila LTSIP bertukar wajah kita menjangkakan dapat menarik lebih ramai pelabur ke Kelantan dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan.

“Skop naik taraf juga akan dilakukan termasuk pembinaan bangunan terminal baharu untuk menerima kemasukan penumpang selain pemasangan sistem yang lebih canggih,” katanya semasa ditemui pada Majis Rumah Terbuka ADUN Galas di Bandar Utama di sini, kelmarin.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri mengumumkan Kerajaan Persekutuan akan menjadikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa disini sebagai lapangan terbang antarabangsa tidak lama lagi.

Beliau berkata, langkah itu menerusi pertambahan panjang landasan sejauh 400 meter sekali gus menjadikan LSTIP sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Sejurus siap nanti jemaah haji akan terbang terus dari Kota Bharu ke Jeddah, Arab Saudi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN