PRU16 dijangka tidak diadakan dalam masa terdekat 

PRU16 dijangka tidak diadakan dalam masa terdekat 

TUAN IBRAHIM TUAN MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) berkemungkinan besar tidak diadakan dalam masa terdekat setelah melihat keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) hanya menang lapan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan diterajui PH dijangka meneruskan pentadbiran sehingga hampir tamat penggal bagi memanfaatkan kelebihan semasa sehingga tamat tempoh Parlimen.

“Apa yang pasti, kemenangan besar BN menjadikan parti itu memiliki pengaruh semakin besar dalam menentukan dasar dan hala tuju kerajaan Persekutuan. Ia akan menjadi duri dalam daging kepada kerajaan PH-BN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, keputusan PRN Johor juga memperlihatkan bahawa PH masih gagal memulihkan keyakinan rakyat.

Katanya, PH sahaja gagal menawan Johor, malah mereka turut kehilangan beberapa kerusi yang dimenangi sebelum ini. 

“Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri dalam sejarah yang kerap turun berkempen dalam PRN. Ternyata kehadiran beliau masih belum cukup meyakinkan kembali rakyat yang semakin nampak beliau dan pasukannya dari parti PH tidak amanah menunaikan janji,” katanya.

Menyentuh kekalahan Pas dan Perikatan Nasional (PN), Tuan Ibrahim berkata, perkembangan itu menunjukkan terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki, khususnya dari aspek penyelarasan organisasi, kekuatan jentera dan kesatuan dalaman. 

“Post mortem yang menyeluruh semestinya akan dilakukan supaya persediaan menghadapi PRN Negeri Sembilan dan pilihan raya seterusnya menjadi lebih tersusun dan berkesan.

“Walaupun Pas dan PN tidak berjaya mempertahankan tiga kerusi yang dimenangi sebelum ini, keputusan rakyat hendaklah diterima dengan hati terbuka serta dijadikan asas untuk bermuhasabah dan memperbaiki kelemahan,” katanya.

Namun katanya tumpuan kini beralih kepada janji-janji yang dibuat sepanjang kempen termasuk kenyataan pemimpin DAP, Nga Kor Ming, yang berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya PH gagal mencapai sasaran dalam PRN Johor.

“Sudah semestinya rakyat sedang menunggu sama ada janji tersebut akan ditunaikan. Pemimpin DAP ini perlulah menunaikan janji yang lafazkan. Jika tidak DAP adalah parti yang hanya pandai berjanji namun tiada integriti,” soalnya.

Dalam masa yang sama, beliau melihat kemunculan parti baharu, Bersama dan Muda masih belum berjaya menawarkan alternatif yang benar-benar diyakini rakyat. 

“Sebaliknya, pertandingan pelbagai penjuru telah memecahkan undi pembangkang dan memberikan kelebihan yang besar kepada BN,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN