TANAH MERAH: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa rampas 6.12 tan minyak masak peket selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan di Kampung Chawas, di sini kelmarin. Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada pukul 11 malam selepas anggota Batalion 8 PGA menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah lori. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN) Kelantan Azman Ismail berkata, nilai keseluruhan rampasan itu dianggarkan berjumlah RM15,300.…










