Peruntukan: Syed Saddiq sifatkan Ismail Sabri lebih terbuka

Peruntukan: Syed Saddiq sifatkan Ismail Sabri lebih terbuka

ismail sabri
ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Sayed Abdul Rahman menyifatkan, pentadbiran Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lebih terbuka dan prihatin terhadap pembangkang berbanding Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjelaskan keadaan pada ketika itu, Sayed Saddiq berkata, semua ahli Parlimen sama ada kerajaan mahupun pembangkang memperoleh peruntukan sama rata dengan meletakkan kebajikan rakyat sebagai fokus meskipun berbeza fahaman politik.

“Dalam hal ini, kredit perlu diberi kepada Ismail Sabri, janji dengan dia, dua minggu selepas itu terus dapat peruntukan. Ada yang dapat RM3.8 juta, ada yang dapat RM4 juta sebab di Sabah dan Sarawak.

“Tidak ada banyak cerita. Yang sekarang ini? Dah dua tahun pentadbiran, ‘kosong’ ahli Parlimen pembangkang dapat. Sedangkan Ahli Parlimen kerajaan sudah dapat hampir RM8 juta untuk peruntukan di kawasan.

“Rakyat di kawasan yang jadi mangsa, nak tandatangan memorandum persefahaman (MoU) itu, ini. Cerita ini saya sudah dengar dari tahun lepas, apa pun tak ada,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, Ketua Sekreta­riat Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, draf MoU berkaitan penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang sudah siap dan terpulang kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk membincangkannya dengan pi­hak berkaitan.

Ini kerana jelasnya, peranan tersebut telah diberi kepada Fadillah dan terpulang kepadanya bila untuk memulakan perbincangan.

Utusan Malaysia dalam masa sama cuba mendapatkan maklum balas daripada Fadillah, bagaimanapun beliau berkata, perkara itu akan dimaklumkan kelak.

“Kalau sudah ada nanti akan maklumkan ok,” katanya ringkas.

Syed Saddiq dalam masa sama turut berkata, beliau sentiasa bersedia untuk menandatangani sebarang MoU bagi membenarkan beliau mendapat peruntukan sewajarnya demi rakyat.

“Pertama kali diumumkan oleh Perdana Menteri, saya terus pergi berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri untuk berbincang mengenai perkara ini, kali kedua pun sama minta kita tandatangan MoU. Sekarang nak suruh berapa kali jumpa?

“Kalau tak jujur dengan rakyat, susah. Kalau tidak mahu beri, cakap terus terang sahaja. Cakap tidak mahu beri,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN