Permohonan kad diskaun khas Menu Rahmah di Kelantan hambar

Permohonan kad diskaun khas Menu Rahmah di Kelantan hambar

AZMAN Ismail (dua dari Kanan) ketika merasmikan pembukaan Restoran Kasturi Lapan di Jelawat, Bachok, Kelantan, hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Permohonan kad diskaun khas Menu Rahmah dalam kalangan peniaga di negeri ini hambar susulan selepas mereka dilihat kurang berminat untuk mendapatkannya walaupun boleh membeli bahan mentah pada harga murah.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan berkata, setakat ini hanya dua peniaga daripada 132 yang mengusaha Menu Rahmah memiliki kad tersebut.

“Mereka mungkin terlepas pandang tawaran istimewa ini atau sebahagiannya tidak membuka dan memohon menerusi portal KPDN.

“Melalui kad tersebut, peniaga peniaga menikmati potongan harga sebanyak 30 peratus di enam pasar raya di negeri ini,” katanya pemberita selepas merasmikan Restoran Menu di Jelawat, di sini hari ini.

Azman memberitahu, dengan cara tersebut para peniaga dalam menjual makanan pada harga lebih rendah berbanding sebelum ini.

Katanya, KPDN akan mempertingkatkan lagi promosi supaya lebih ramai peniaga menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN