Perlis usaha tingkat hasil benih padi sendiri

Perlis usaha tingkat hasil benih padi sendiri

RAZALI SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Perlis ke arah mengusahakan penghasilan benih padi sendiri sekali gus berupaya mengatasi masalah kekurangan bekalan setiap kali musim penanaman padi.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh negeri diminta untuk mewujudkan satu kawasan bagi mengusahakan penghasilan benih padi tersebut bagi kegunaan pesawah.

Setakat ini, PPK Padang Si­ding sudah menyahut cabaran tersebut dengan mengusahakan kawasan benih padi seluas 50 hektar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian negeri, Razali Saad berkata, bagaimanapun, pengeluaran benih padi di PPK Padang Siding itu masih dalam proses, bermaknsa bagi musim ini sedang ditanam dan bakal dituai pada September depan.

Menurut beliau, pengusaha tersebut juga diingatkan me­ngenai beberapa prosedur yang perlu dipatuhi untuk menghasilkan benih padi ini.

“Kita terikat dengan 13 prosedur operasi standard (SOP) dan maknanya jika nak buat benih padi terus tahun ini boleh buat, tapi tidak semudah itu, tahun pertama perlu cuci ladang dulu, selepas itu baru boleh fokus pada benih padi.

“Sebab kita tidak mahu berlaku percampuran benih dan masalah padi angin berlaku, jadi dalam proses ke arah itu perlu melalui keseluruhan SOP yang digariskan,” katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan negeri perlu mengambil langkah yang lebih berdaya untuk merealisasikan penghasilan benih padi sendiri sekali gus mengelakkan para pesawah terus bergantung harap terhadap kilang atau syarikat dari luar bagi mendapatkan bekalan tersebut setiap kali musim penanaman padi.

Langkah tersebut juga penting bagi mengatasi isu kelewatan bekalan dan kualiti benih padi yang terus berulang setiap tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Mohd. Ridzuan Hashim dilaporkan berkata, sudah tiba masanya Perlis yang dua pertiga kawasan tanahnya adalah kawasan pertanian atau sawah mengeluarkan benih padi sendiri.

Sementara itu, Razali berkata, sebuah kilang memproses benih padi juga akan diusahakan bagi menguruskan perkara tersebut.

“Kita memang ada kawasan yang mengusahakan padi benih, cuma sekarang ini kita tiada kilang sendiri untuk memproses padi benih. Oleh kerana itu kebanyakan petani dalam negeri Perlis yang mengusahakan padi benih akan jual kepada pengilang di Kedah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini