Pangkalan haram di Rantau Panjang kembali beroperasi

Pangkalan haram di Rantau Panjang kembali beroperasi

PERKHIDMATAN bot penambang kembali beroperasi di kawasan pangkalan haram di Rantau Panjang, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Beberapa pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di sini yang ditutup susulan insiden letupan bom dan berbalas tembakan di kawasan Gualosira, Pasemas di daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand, kelmarin kembali beroperasi semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati pangkalan haram seperti Gergaji, Paun, Tok Awang, Che Kasim dan Pohon Jambu kembali digunakan oleh penduduk kedua-dua negara untuk aktiviti lintas sempadan.

Sementara pangkalan haram berhampiran lokasi kejadian iaitu di sekitar Jeram Perdah dan Lubok Gong ditutup sepenuhnya.

Pada masa sama, Pasukan Gerakan Am (PGA) yang me­ngawal sempadan dilihat memperketatkan lagi rondaan rutin di sepanjang Sungai Golok dan melakukan pemeriksaan rapi di setiap sekatan jalan raya.

Seorang pengusaha bot tambang yang mahu dikenali sebagai Harun berkata, pangkalan haram di kawasan pekan Rantau Panjang kembali dibuka selepas ditutup kelmarin.

Menurutnya, pembukaan semula operasi adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Keadaan kembali normal, mungkin lokasi ini agak jauh dengan insiden letupan dan tembakan itu,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Seorang warga Thailand dikenali sebagai Zainab, 65, memberitahu, dia gembira kerana dapat dalam kembali semula ke rumah selepas terkandas susulan penutupan operasi bot penambang.

“Semalam nak keluar rumah pun takut apabila polis Thailand mengawal ketat di tebing sungai.

“Hari ini keadaan reda, sudah boleh keluar rumah dan menjalankan urusan harian se­perti biasa,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN